in

Sudan henti operasi telekomunikasi

sudan 2

KHARTOUM, 7 Mei – Semua operasi perkhidmatan rangkaian telekomunikasi di Sudan terpaksa dihentikan, berikutan berdepan masalah akses internet.

Memetik laporan Midde East Monitor (MEMO), semua penduduk di Khartoum berdepan kesukaran untuk berkomunikasi melalui rangkaian telekomunikasi utama.

Situasi berkenaan  disebabkan gangguan bekalan elektrik dan kekurangan bahan api yang berulang.

Keadaan berkenaan menyebabkan sektor telekomunikasi di Sudan berdepan masalah menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan sejak konflik bermula pertengahan bulan lalu.

Terbaharu, Rangkaian MTN Sudan, firma swasta menerusi laman Facebook miliknya mengumumkan penangguhan semua perkhidmatan kepada pelanggan di Khartoum.

 “Kami berdepan masalah akses internet dan merayu pihak berkuasa supaya dapat mencari penyelesaian segera.

“Kepada pelanggan dihormati, kami memohon maaf kepada semua berikutan perkhidmatan tidak stabil di beberapa kawasan di seluruh negara,” katanya.

Konflik di Sudan membabitkan dua pihak iaitu Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF), mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu. – nasionalkini.my

photo 2023 05 07 21 13 32

Ngabat ikan aktiviti mengujakan di musim kemarau

japen 1

JaPen Kelantan sedia beri penerangan El-Nino kepada pelajar