in

Kerja-kerja penggantian pam usang, lama di LRA Pahang mampu jimat elektrik

lra pam lama
Pam lama dan usang di LRA Pahang diganti dengan peruntukan RM140 juta. Foto: Utusan Malaysia

PEKAN, 18 Julai – Kerja-kerja penggantian pam-pam lama dan usang di loji rawatan air (LRA) di negeri ini diyakini bukan sahaja akan menjimatkan elektrik malah meningkatkan mutu dalam pemprosesan dan rawatan air.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff berkata, pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) telah  mengenalpasti pam-pam lama dan usang yang perlu ditukar baharu dengan peruntukan sebanyak RM140 juta.

“Dengan usaha penggantian pam-pam baharu bukan sahaja boleh jimatkan elektrik tetapi memberikan tekanan air yang menjadi lebih kuat dan stabil.

Namun kita perlu melihat keadaan paip-paip lama yang juga harus diganti kerana ada yang pecah setelah menerima tekanan air yang kuat.

“Semua usaha ini sudah tentu mengambil masa dan kerajaan negeri melalui Paip akan terus memberi perhatian yang sebaik mungkin bagi memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan berjalan lancar yang akhirnya membawa banyak kebaikan kepada penduduk,” katanya.

Mohammad Fakhruddin berkata, di Pekan, RM65.25 juta diperuntukkan Paip melalui kerajaan negeri bagi kerja-kerja membaiki dan menaiktaraf paip-paip usang dan bermasalah termasuk penggantian pam-pam penggalak baharu di daerah ini.

Usaha ini katanya, bagi memastikan perkhidmatan bekalan air di Pekan bertambah baik dan dapat dinikmati oleh penduduk dengan sempurna pada masa akan datang.

Katanya kerja-kerja penggantian itu termasuklah projek bekalan air Nenasi sebanyak RM19 juta, pemasangan Booster Pump di Kampung Gemuruh RM50,000, penggantian pam dan paip di Felcra Sri Makmur RM3 juta, kerja-kerja di kolam takungan dan muka sauk LRA Felda Chini berjumlah RM20 juta.- nasionalkini.my

mufti

Berkempen secara berhemah, jangan mendoakan kebinasaan walaupun berlainan fahaman – Mufti Pulau Pinang

BANTUAN pelajar

481 Pelajar tingkatan enam, kolej vokasional di Terengganu terima inisiatif Rintis Tanpa Tunai