in

Pemilik bengkel maut, pekerja parah jentera berat meletup

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU, 11 Julai – Seorang pemilik bengkel maut manakala pekerjanya cedera selepas bengkel membaiki jentera berat meletup dalam kejadian di Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.13 malam itu, mangsa berusia 41 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pekerjanya berusia 27 tahun melecur dan patah kaki.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, semasa kejadian, kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja-kerja kimpalan terhadap sebuah lori tangki di dalam bengkel berkenaan.

“Ketika melakukan kerja-kerja kimpalan tangki minyak yang losing berlaku satu letupan yang just sehingga meragut nyawa seorang lelaki yang juga pemilik bengkel dan seorang lelaki yang juga pekerja melecur dan patah kaki.

“Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan rawatan kecemasan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, lapor KOSMO.

Terdahulu, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, BBP Larkin dan BBP Pekan Nenas diaturgerak ke lokasi kejadian bersama dengan kekuatan 24 anggota.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Suleiman berkata, setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah bengkel jenis kekal berkeluasan 40 kaki x 40 kaki.

“Kebakaran memusnahkan 60 peratus premis itu.

“PKO bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan satu aliran 300 kaki dua pancutan air dari jentera J1-01 sumber air dari pili bomba berhampiran.

“Semasa kejadian, berlaku letupan dan kesan letupan itu mengakibatkan kerosakan pada cermin tingkap rumah yang berada pada jarak lebih kurang 100 kaki dari bengkel tersebut.

“Letupan turut mengakibatkan dua orang mangsa melecur dan dihantar ke hospital berhampiran sebelum PKO tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi ditamatkan jam 11.39 malam.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Penceramah bebas didakwa hina Agong

Beg sandang dipercayai milik mangsa kepala air ditemui