in

Warga emas maut kemalangan 3 kenderaan

IMG 20230710 091006 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

SEGAMAT, 10 Julai – Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan berhampiran FELDA Redong Jalan Segamat Labis ke FELDA Redong pada petang Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Muhammad Hafifie Md Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu melalui talian MERS999 jam 1.30 petang.

Beliau berkata, sejurus menerima panggilan, satu jentera FRT dan satu jentera EMRS dari BBP Labis dengan kekuatan seramai 10 anggota dihantar ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba ke lokasi, didapati kemalangan berkenaan melibatkan tiga kenderaan jenis Perodua Myvi, Toyota Hilux dan Proton Persona.

“Pihaknya juga mendapati seorang lelaki warga emas dalam kenderaan Perodua Myvi telah tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Segamat.

“Mangsa di kenderaan Toyota Hilux iaitu dua lelaki serta dua wanita dan seorang lelaki bagi kenderaan Proton Persona pula didapati tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pasukan bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di kenderaan Perodua Myvi dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230526 113553 6 x 4 inch

Wartawan dibunuh kartel dadah

IMG 20230710 093459 800 x 500 pixel

2 maut kemalangan bas persiaran