in

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

2201483
Awang Askandar Ampuan Yaacub

KUALA LUMPUR – Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat, jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengahari waktu Malaysia) selepas terjatuh pada malam sebelumnya.

Ketua Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Azim Afif Ishak, 35, berkata, ketika kejadian, mangsa bersama Muhammad Hawari Hashim, 33, sedang melakukan pendakian pada jarak 8,000 meter dari aras laut.

Mereka dilaporkan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak.

“Selepas kejadian, Allahyarham dibawa ke kem empat dengan bantuan malim gunung untuk diberikan rawatan dan meninggal dunia pagi tadi. Jenazah akan dibawa turun sehingga ke kem dua esok untuk diterbangkan ke hospital dengan helikopter, namun bergantung kepada keadaan cuaca.

“Kejadian sedih ini sudah dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Nepal dan selepas dibawa turun, jenazah akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, keluarga Allahyarham sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal bagi menguruskan jenazah.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Sabah itu adalah warga asing kesembilan meninggal dunia bagi musim pendakian tahun ini, termasuk malim gunung.

Sumber Berita : Sinar Harian

Oleh : FARAH SHAZWANI ALI

pokok

KL dilanda ribut dan hujan lebat, 15  kejadian pokok tumbang

Filem ‘Anwar:The Untold Story’ kutip RM1 juta hari pertama tayang