KUANTAN, 6 Julai – Pesta Kuantan 188 yang bermula 29 Julai ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000 kepada peserta yang mengambil bahagian.
Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang pesta yang berlangsung selama tiga hari itu.
Pesta Kuantan 188 dianjurkan bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengarah Urusan Kuantan 188, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, terdapat tujuh acara disediakan sepanjang pesta itu.
“Penyertaan bagi semua acara adalah terbuka, semua boleh masuk (ambil bahagian), tidak kiralah samaada mereka rakyat Pahang atau pelancong,” katanya.
Zulkifli memaklumkan, antara acara dijangka paling mencuri tumpuan ialah perlumbaan perahu naga – Regatta Perahu Naga Diraja Pahang.
“Reggata ini julung kali diadakan dan kita mendapat kerjasama baik dari kerajaan Pulau Pinang yang mempunyai pengalaman luas dalam penganjuran (perlumbaan) bot naga,” katanya lagi.
Selain itu, turut disediakan adalah pertandingan mencungkil bakat ‘Kuantan 188 Challenge: Ada Bran?’, Fun Run dan Fun Ride serta acara untuk kanak-kanak.
Mereka yang berminat menyertai mana-mana pertandingan dianjurkan boleh mendaftar secara atas talian menerusi laman sosial media Kuantan 188 iaitu OfficialKuantan188 (Facebook) atau layari www.kuantan188.com.my selewat-lewatnya 7 Julai ini.
Orang ramai juga boleh menghubungi Kuantan 188 melalui emel [email protected] atau hubungi talian 09-5135821 atau Whatsapp di talian 010-2750188 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN