CALIFORNIA, 31 Mei – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Orange County, muncul sebagai individu termuda menamatkan pengajian di Kolej Fullerton, California, minggu lalu.
Clovis Hung, yang memulakan pengajian ketika berusia 9 tahun, berkata keputusannya memasuki kolej itu didorong perasaan untuk bersaing secara sihat.
Dia berkata, sebelum ini dia pernah mendengar cerita mengenai seorang alumni kolej Fullerton, Jack Rico, 13 tahun, mencipta rekod sebagai graduan termuda kolej berkenaan.
“Saya juga mahu menjadi graduan termuda,” kata Hung dipetik dari stesen berita Fullerton KABC.
Pada hari Sabtu lalu, Hung menerima lima ijazah sempena majlis graduasi kolej itu.
Dia menerima ijazah bersekutu seni: sejarah; Sains Sosial; tingkah laku sosial dan pembangunan diri; seni dan ekspresi manusia; dan sains dan matematik.
Dia berkata dia merancang untuk meneruskan satu lagi tahun depan.
Hung mendaftar di Fullerton melalui program Kemasukan Khas sekolah, yang membolehkan pelajar dari sebarang umur mengambil kursus.
Menurut kenyataan akhbar oleh sekolah itu, ibu Hung menggabungkan kelas kolejnya dengan kurikulum ‘homeschooling’ untuk memenuhi keperluan akademiknya.
“Clovis sangat ingin tahu, matang, rajin, berdisiplin diri dan bermotivasi tinggi,” kata ibu Hung, Song Choi.
“Dia juga sangat ingin tahu dan sekolah awam tradisional tidak dapat memenuhi rasa ingin tahunya, oleh itu, pilihan terbaik adalah kolej,” kata Choi.
Seperti kebanyakan graduan lain, Hung merancang untuk menghabiskan musim panasnya dengan melancong.
Dia juga bermain bola keranjang lima hari seminggu, menikmati Minecraft dan Roblox, dan memperoleh lencana sebagai Pengakap Lelaki.
“Saya juga baru menyertai Peronda Udara Civic dan berharap untuk mendapatkan lesen juruterbang saya pada usia 16 tahun,” katanya. – nasionalkini.my