in

10 remaja Palestin jadi mangsa tahanan terbaharu tentera Israel di Ramallah

tahan palestin
Dua anggota tentera Israel menahan remaja ketika membuat serbuan di kawasan kejiranan al-Tur, Ramallah

RAMALLAH, 31 Julai – Empat remaja termasuk seorang bawah umur dari Baitulmaqdis Timur menjadi antara 10 Palestin yang ditahan tentera israel di wilayah itu, hari ini.

Memetik agensi berita englishwafa.ps, dua remaja berkenaan ditahan semasa serbuan kejam tentera di rumah keluarga mereka di kawasan kejiranan al-Tur, dan dua lagi turut ditahan di kawasan berbeza juga selepas menyerbu rumah keluarga mereka.

Di Hebron, selatan Tebing Barat, perkara sama berlaku dalam serbuan menyebabkan dua remaja berusia 20 tahun telah ditahan di rumah keluarga mereka di bandar Sair.

Lebih malang apabila tentera juga menyerbu di kem pelarian Arroub dan menahan satu pertiga remaja di kawasan berkenaan.

Di bandar Jenin, utara Tebing Barat pula tentera Israel menyelinap masuk ke bandar dan menculik dua rakyat Palestin, seorang daripada mereka bekas tahanan yang menghabiskan lebih sembilan tahun di penjara Israel kerana menentang tindakan tentera Israel  dan dibebaskan hanya bulan lepas , menurut sumber keselamatan Palestin.

Penahanan berkenaan berpunca selepas berlaku konfrontasi tercetus antara remaja dan tentera Israel.

Sementara itu, di perkampungan al-Mughayyer, timur Ramallah, seorang pelajar di Universiti Birzeit di rumahnya semasa serbuan di kampung ditahan selepas mengutuk tindakan Israel menggunakan jentolak bagi memusnahkan sebuah taman yang menjadi tempat berhimpun dan bersosial penduduk setempat. – Agensi

WhatsApp Image 2023 07 31 at 9.54.46 PM

Calon PH Rawang dakwa kereta sengaja dipancitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab

taki

PAS gugurkan keahlian Timbalan Yang Dipertua PAS Langkawi dan timbalan selepas jadi calon bebas