in

Pesara kerajaan rugi RM129,800 kena scam

20230527 153035
Gambar hiasan

Oleh Arman Dhani Zafir

KUANTAN, 27 Mei – Gara-gara takut didakwa pihak berkuasa atas kesalahan pemerdagangan manusia, seorang pesara kerajaan terpedaya dengan sindikit penipuan hingga mengalami kerugian RM129,800.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa adalah seorang wanita berumur 61 tahun menerima panggilan daripada saspek yang menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman.

Menurutnya, suspek memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia dan mempunyai waran tangkap.

“Berdasarkan laporan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, mangsa diarahkan membuat tiga kali transaksi ke tiga akaun bank berbeza diberikan suspek bagi tujuan siasatan.

“Setelah berbuat demikian mangsa merasa curiga kerana suspek masih meminta membuat pemindahan wang lagi ke akaun berlainan.

“Sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya, pihak polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak berkuasa atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. – nasionalkini.my

‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

FB IMG 1685173297484

Agong berkenan kurnia sumbangan peribadi