in

Pengamal perubatan alternatif kena dakwa buat hantaran jelik

IMG 20230614 WA0010
Tertuduh Adam M Isa membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran bersifat terhadap Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) jelik Jun tahun lalu

Oleh Yusuf Shafie

ALOR GAJAH, 14 Jun – Seorang pengamal perubatan alternatif didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, atas pertuduhan membuat hantaran bersifat jelik terhadap Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada Jun tahun lalu.

Tertuduh, warga Singapura Adam M Isa, 65, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara sedar telah menggunakan saluran Youtube miliknya, Tabib Adam M Isa membuat hantaran yang bersifat jelik dengan menggunakan perkataan Dajjal.

Pengamal perubatan alternatif kena dakwa buat hantaran jelik

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 6.51 petang pada 30 Jun 2022 dengan niat menyakitkan hati Muhammad Abdullah, 57, yang telah melihat rakaman video itu di alamat MT 606, Lorong Bilal, Masjid Tanah, Alor Gajah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.

Sesyen itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 6.51 petang pada 30 Jun 2022 dengan niat menyakitkan hati Muhammad Abdullah, 57, yang telah melihat rakaman video itu di alamat MT 606, Lorong Bilal, Masjid Tanah, Alor Gajah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Tajuddin Abdul Razak.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan tidak boleh jamin, namun mencadangkan RM20,000 jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara selain syarat tambahan.

Peguam tertuduh dalam rayuannya bagaimanapun memohon agar mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM8,000 mengambil kira anak guamnya warga Singapura yang tidak mempunyai mempunyai pekerjaan dan perlu menanggung lapan anak termasuk dua masih bersekolah.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan mematuhi syarat tambahan
pasport diserahkan kepada mahkamah, melapor diri setiap awal bulan kepada balai polis berhampiran.

Hakim Darmafikri menetapkan tarikh 18 Julai ini untuk serahan dokumen.

20230511 101730
Gambar hiasan

Semalam, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pendakwaan dibuat selepas pengadu iaitu pegawai hal ehwal Islam negeri ini telah membaca dan melihat video berdurasi 9 minit 57 saat mengenai seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai tabib.

Hasil siasatan dalam video berkenaan mendapati, tabib berkenaan mengatakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dipergunakan dan dipengaruhi oleh orang awam untuk mengambil tindakan terhadapnya serta mengatakan Dajjal bekerja daripada pihak JAIM dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Pada 29 Jun tahun lalu media melaporkan seorang lelaki warga emas yang juga pengasas gerakan perubatan Islam jarak jauh, dicekup JAIM selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang juga pembantunya di sebuah rumah, di sini.

Malah, suspek lelaki yang terkenal sebagai tabib perubatan Islam jarak jauh itu juga sedang dalam pemerhatian pihak berkuasa selepas dikesan melakukan kaedah perubatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Kaedah perubatan yang berpengkalan di Masjid Tanah dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai itu juga dipercayai aktif sejak lebih dua tahun lalu, selain turut dikesan menggunakan platform YouTube bagi tujuan promosi. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

2 beradik maut kereta dirempuh lori tangki

Syamsul – Puteri Sarah sah bercerai