in

Syamsul – Puteri Sarah sah bercerai

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

KUALA LUMPUR, 14 Jun – “Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” kata Pengarah filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Ini bermakna, kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.

Sebaik lafaz cerai itu diucapkan, Puteri Sarah yang hadir ke mahkamah dengan memakai kurung moden berwarna kelabu tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi yang ketara, lapor Sinar Harian.

Semasa prosiding, mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, terhadap suaminya yang berusia 39 tahun, pada 16 Januari lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.

Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230614 WA0010

Pengamal perubatan alternatif kena dakwa buat hantaran jelik

DUN Kelantan bubar 22 Jun