in

‘Tabib’ terkenal didakwa hari ini

Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) - Gambar hiasan

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 14 Jun – Seorang pengamal perubatan terkenal akan dihadapkan ke Mahkamah Alor Gajah, pagi ini.

Dia bakal didakwa atas tuduhan mengaitkan dajjal bekerja dengan pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Suspek, lelaki berusia 65 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan dibuat selepas pengadu iaitu pegawai hal ehwal Islam negeri ini telah membaca dan melihat video berdurasi 9 minit 57 saat mengenai seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai tabib pada 30 Jun lalu.

IMG 20230614 WA0002
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu

“Hasil siasatan dalam video itu mendapati suspek mengatakan JAIM dipergunakan dan dipengaruhi oleh orang awam untuk mengambil tindakan terhadapnya serta mengatakan dajjal ini bekerja daripada pihak JAIM dan MAIM.

“Kenyataan itu dianggap pengadu sebagai menghina pegawai agama kerana tomahan secara terbuka itu menyebabkan imej dan reputasi JAIM tercalar, selain bersifat fitnah jahat terhadap pegawai awam dan agensi agama MAIM,” katanya kepada media di sini hari ini.

Menurutnya, video itu juga menunjukkan suspek tidak berpuas hati dengan orang awam yang membuat laporan terhadapnya dan tidak berpuas hati dengan tindakan pihak MAIM semasa dia ditahan pada 29 Jun tahun lalu.

“Tabib berkenaan disiasat oleh JAIM kerana amalan perubatannya yang meragukan,” katanya.

Pada 29 Jun tahun lalu media melaporkan seorang lelaki warga emas yang juga pengasas gerakan perubatan Islam jarak jauh, dicekup JAIM selepas disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang juga pembantunya di sebuah rumah, di sini.

Malah, suspek lelaki yang terkenal sebagai tabib perubatan Islam jarak jauh itu juga sedang dalam pemerhatian pihak berkuasa selepas dikesan melakukan kaedah perubatan bercanggah dengan ajaran Islam.

Kaedah perubatan berpusat di Masjid Tanah itu mempunyai jumlah pengikut yang ramai, dipercayai aktif sejak lebih dua tahun lalu, selain menggunakan media sosial YouTube bagi tujuan promosi. – nasionalkini.my.

IMG 20230613 180727 800 x 500 pixel

‘Rumah Healing’ untuk peminat kopi Vietnam

20230508 092523

Dr Zaliha bentang Kertas Putih Kesihatan hari ini