in

Sempat peluk isteri sebelum ke penjara

20230602 092923
Gambar hiasan

KOTA TINGGI, 11 Julai – Suasana pilu menyelubungi kamar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi semalam, apabila seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan samun di FELDA Air Tawar 4, di sini, 2 Julai lalu, sempat bertemu dan memeluk isterinya setelah hukuman dijatuhkan.

Tertuduh, Nazry Mohamad Mokhtar, 37, bapa kepada empat anak berusia sembilan, lapan, enam dan tiga tahun berdepan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan setelah mengaku salah melakukan samun menggunakan parang dan mencederakan seorang wanita warga emas berusia 60 tahun di FELDA Air Tawar 4 pada tarikh tersebut.

Nazry didakwa melakukan rompakan terhadap wanita itu antara jam 12.40 tengah hari pada 2 Julai lalu hingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Nazry dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara selama 20 tahun atau dikenakan hukuman denda atau sebat.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Irsyad Mardi mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan dilakukannya adalah serius.

Peguam bela tertuduh, Hilmi Sulaiman Salahuddin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon hukuman dikurangkan berikutan tertuduh hanya bekerja di kebun kelapa sawit dengan pendapatan RM1,500 sebulan selain menyara kedua orang tuanya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Hayda Faridzal Abu Hasan kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan dari tarikh tertuduh ditangkap.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

tebing barat

Penduduk Palestin hidup dalam ketakutan dikhianati orang awam Israel

Ibu Yati selamat dikebumikan