in

Iran kecam negara Islam normalisasi hubungan dengan Zionis Israel

iran
Iran mengecam negara Islam tertentu yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.

TEHRAN, 6 Sept. – Iran mengecam negara Islam tertentu yang menormalisasikan hubungan dengan Israel.

Perkara berkenaan disuarakan jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kan’ani sehari selepas Israel secara rasmi membuka kedutaannya di Bahrain meskipun bantahan meluas oleh rakyat Bahrain terhadap tindakan itu.

Tiga tahun selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menandatangani perjanjian pemulihan, yang dikenali sebagai Perjanjian Abraham, dengan Menteri Luar Emirati, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan dan Menteri Luar Bahrain, Abdullatif Al Zayani, ketika majlis rasmi yang dipengerusikan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di White House.

“Tindakan kompromi oleh segelintir negara Islam menjabat tangan dengan penjenayah Zionis tidak menjejaskan keazaman kukuh negara Palestin untuk merealisasikan pembebasan tanah mereka.

“Keadaan sedemikian tidak boleh menyelamatkan rejim Zionis yang goyah daripada ancaman perpecahan tertentu,” kata Kan’ani.

Terdahulu, pembangkang utama Bahrain, al-Wefaq mengutuk normalisasi rejim Al Khalifah dengan Israel.

Malah, menyifatkan tindakan berkenaan sebagai satu jenayah, dengan mendakwa tindakan itu tidak mencerminkan kehendak orang ramai.

HUSSEIN OMAR KHAN re

Lelaki dipenjara sembilan bulan angkara hina Sultan Selangor

sukuk

Kampus baharu Universiti Antarabangsa Quest sasar 6,000 pelajar menjelang 2027