in

Guru besar didakwa pecah amanah wang sewa mesin layan diri

20230511 101730
Gambar hiasan

SHAH ALAM, 23 Mei – Seorang guru besar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah berjumlah keseluruhan RM3,600 di antara 2017 hingga 2019.

Tertuduh, Roslan Zakaria, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Roslan sebagai penjawat awam iaitu guru besar yang diamanahkan dengan wang tunai keseluruhan berjumlah RM3,600 dari seorang lelaki sebagai wang sewaan, meletakkan ‘vending machine’ (mesin layan diri) di sebuah sekolah rendah di Klang, lapor BH.

Dia didakwa melakukan pecah amanah apabila tidak mengkreditkan wang terbabit ke dalam Akaun Kumpulan Sumbangan Wang Awam (SUWA), sebaliknya menggunakannya untuk diri sendiri.

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara di antara dua hingga 20 tahun dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda.

Roslan didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah cawangan bank di Bandar Baru Sungai Buloh antara 9 Mac 2017 hingga 10 Februari 2019.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras, yang kemudian menawarkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain melaporkan diri ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Roslan yang belum diwakili peguam bela, memohon jaminan dikurangkan kerana beliau menanggung seorang isteri dan tiga anak yang masih belajar.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan menyerahkan passport pada mahkamah serta melaporkan diri ke Pejabat SPRM Selangor pada setiap awal bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Julai depan. – nasionalkini.my

IMG 20230520 134402 6 x 4 inch

MCA perlu berjiwa besar

IMG 20230523 131317 6 x 4 inch

Keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah lepas rujuk Majlis Raja-Raja Melayu