in

Johor Port kongsi kepakaran TVET

IMG 20230704 122155 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

PETALING JAYA, 4 Julai – Johor Port Berhad (Johor Port) memeterai memorandum kerjasama selama tiga tahun dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang diperoleh dalam industri pelabuhan serta logistik.

Ia juga dalam usaha meningkatkan latihan vokasional negara melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan pendedahan industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port, Md Derick Basir berkata, melalui kerjasama ini, Johor Port akan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program TVET negara khususnya dalam pembangunan kurikulum dan bahan latihan serta menyediakan kemudahan latihan bagi program operasi pelabuhan.

Kerjasama itu juga merupakan satu lagi pencapaian bermakna buat Johor Port melalui JP Skills Centre (JPSC) yang bertanggungjawab menyediakan latihan kepada pelabuhan tempatan dan serantau.

“Kerjasama selama tiga tahun dengan KSM ini adalah bukti komitmen kami untuk memberi kembali demi pembangunan masyarakat, di samping memperkasa industri dengan melahirkan bakat-bakat mahir,” katanya kepada KOSMO.

JPSC sebelum ini telah menganjurkan pelbagai program latihan berkualiti tinggi dan telah menerima banyak pengiktirafan di peringkat tempatan dan global. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230619 102823 800 x 500 pixel

Bayar RM18,000 untuk pelancong asing tak cukup syarat

IMG 20230704 124435 800 x 500 pixel

Denda RM200,000 guna dokumen palsu mohon PENJANA