in

Korban konflik Sudan meningkat

Konflik bersenjata di Sudan belum menunjukkan tanda akan berakhir - Gambar oleh Agensi

KHARTOUM, 21 Mei – Angka kematian akibat pertempuran berterusan di Sudan di antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 850 sejak 15 April, menurut pakar perubatan tempatan pada Sabtu, dipetik dari Anadolu.

Dalam satu kenyataan, Sudan Doctors Syndicate, berkata 3,394 orang awam cedera dalam keganasan itu.

Pada Khamis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu berkata angka kematian sebanyak 832 dan 3,329 yang lain cedera.

Selepas perbincangan bersemuka di Arab Saudi, tentera Sudan dan RSF menandatangani perisytiharan komitmen pada 11 Mei untuk melindungi orang awam, namun pertempuran masih berterusan antara kedua-dua pihak, terutama di Khartoum.

Sudan tidak mempunyai kerajaan sejak Oktober 2021 apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat dalam satu ‘rampasan kuasa’.

Tempoh kerajaan peralihan Sudan yang bermula pada Ogos 2019 selepas penyingkiran Presiden Omar al-Bashir dijadual berakhir dengan pilihan raya pada awal 2024. – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 1 1

Lebih 1,000 berhijrah kepada PAS hanya propaganda politik, kata UMNO Kelantan

The Citizens sah juara EPL