in

Richarlison ‘ayam tambatan’ Spurs

IMG 20230917 180005 800 x 500 pixel
Gambar oleh AFP

PENYERANG sensasi, Richarlison mencetuskan kebangkitan Tottenham Hotspur ketika menewaskan Sheffield United 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Skuad bimbingan Ange Postecoglou hampir dimalukan di laman sendiri apabila Gustavo Hamer meletakkan Sheffield di depan pada minit ke-73 dalam aksi di Stadium Tottenham Hotspur itu.

Bagaimanapun tempoh 12 minit masa kecederaan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh tuan rumah untuk meraih tiga mata.

Richarlison yang bergelut dengan masalah peribadi menanduk cantik untuk gol penyamaan hasil sepakan sudut Ivan Perisic pada minit kelapan masa kecederaan.

Pemain berusia 26 tahun itu sekali lagi bertindak cemerlang apabila mengumpan bola untuk jaringan kemenangan Dejan Kulusevski dua minit kemudian.

Nasib malang turut menimpa pemain Sheffield, Oli McBurnie apabila dilayangkan kad merah.

Aksi cemerlang Richarlison mendapat pujian Postecoglou yang berharap jaringan tersebut memberi semangat buatnya.

“Richy (Richarlison) sangat hebat. Dia bekerja keras setiap hari ketika latihan dan mendapat hasilnya hari ini (Sabtu).

“Dia perlu mengimbangi antara kehidupan dan bola sepak. Dia melakukannya dengan baik dan masih menyumbang untuk kami.

“Kadang-kala apabila bergelut dalam kehidupan, anda terpaksa mengabaikannya, tetapi bola sepak adalah perkara yang dia boleh kawal,” ujar Postecoglou.

Pemain Brazil itu menitiskan air mata ketika dikeluarkan dalam kemenangan 5-1 ke atas Bolivia dan dia mendedahkan perlu mendapatkan bantuan psikologi bagi menangani masalah peribadinya.

Selepas hanya menjaringkan satu gol dalam kempen EPL musim lalu, bekas pemain Everton itu menyimpan impian untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Harry Kane yang berpindah ke Bayern Munich.- nasionalkini.my

IMG 20230821 174241 800 x 500 pixel

Tugas sukar UMNO-BN di Pelangai

IMG 20230918 001051 800 x 500 pixel

China patut bantu WHO kesan asal usul COVID-19