GENEVA, 15 Jun – Kira-kira 90 peratus rakyat Syria hidup di bawah paras kemiskinan dengan lebih 15 juta memerlukan bantuan kemanusiaan
Pendedahan oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) itu menunjukkan ia trend yang berterusan sejak beberapa tahun lalu.
Pengarah Serantau ICRC untuk Timur Tengah, Fabrizio Carboni berkata, masyarakat antarabangsa mesti menghadapi realiti situasi semasa di Syria dan tidak boleh mendiamkan diri bagi mengelak keadaan lebih parah.
“Kegagalan untuk bertindak akan membawa akibat buruk bagi semua yang terlibat dan menghalang sebarang prospek pemulihan yang mampan,” katanya seperti dipetik Anadolu Agency.
Justeru, ICRC merayu komitmen antarabangsa segera daripada negara penderma bagi melindungi infrastruktur kritikal dan perkhidmatan penting.
“Usaha yang diselaraskan dan peningkatan pembiayaan amat diperlukan untuk memudahkan pemulihan awal,” katanya. – nasionalkini.my