in

Kuasai pelbagai bahasa ramuan utama pemandu pelancong

Ramli (kiri) menguasai lebih lima bahasa bagi memudahkan tugasnya sebagai pemandu pelancong

KUASAI pelbagai bahasa antara resepi penting jika ingin bertahan lama sebagai pemandu pelancong.

Antara bahasa terpenting untuk dikuasai adalah bahasa Inggeris, Jepun dan bahasa Eropah lain.

Berpegang kepada asas itu juga, menyaksikan Ramli Ab Kadir, 62 tahun kekal dalam bidang pekerjaan itu.

Anak kelahiran Balok, dekat Kuantan, sudah mula menjadi pemandu pelancong pada tahun 1996.

Pemandu pelancong juga perlu banyak membaca bagi membantu mereka memberikan maklumat tepat dan lengkap mengenai setiap destinasi dikunjungi

“Secara kebetulan, saya memang suka berjalan, jadi sesuailah jadi pemandu pelancong.

“Bila kita berjalan ke tempat orang, boleh tengok benda baru, pengalaman baru.

“Dalam tempoh lebih kurang 26 tahun ini, kalau di Malaysia ini, semua (negeri) saya dah sampai,” katanya ketika ditemui nasionalkini.my baru-baru ini.

Peluang mengembara ke luar negara

Ramli turut memaklumkan dia juga sempat melawat dan menjadi pemandu pelancong kepada rakyat Malaysia melancong ke luar negara antaranya ke Perancis, Itali, Belgium dan Switzerland.

“Lebih 20 negara seingat saya, termasuk juga Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Austria,” katanya lagi.

Pemandu pelancong juga perlu bekerja keras dan banyak bersabar ketika melayan karenah pelancong

Ditanya apa petua untuk menjadi pemandu pelancong yang bagus, dia berkata, perlu menguasai pelbagai bahasa dan banyak membaca.

“Personaliti kena jaga, penampilan pula kena pastikan sentiasa kemas.

“Jangan kedekut berkongsi pengetahuan dengan pelancong, sebab itu kita kena banyak membaca dan mengetahui maklumat penting berkaitan tempat yang kita lawati.

“Akhir sekali jangan mudah putus asa, banyak bersabar dan jangan buat kerja ini dengan niat mahukan penghargaan,” ujarnya. – nasionalkini.my

syria miskin

90 peratus rakyat Syria miskin, 15 juta perlu bantuan demi kelangsungan hidup

Boustead belum ada niat jual BHPetrol