in

SOSMA, lucut kewarganegaraan pengendali portal Harapan Daily

IMG 20230820 092358 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

KUANTAN, 2 April – Pihak polis perlu mengambil tindakan segera terhadap pengendali portal Harapan Daily.

Tindakan portal itu memuatnaik artikel memfitnah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah sangat biadab.

Ketua BERSATU Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata selepas laporan polis dibuat minggu lalu, belum ada tangkapan dibuat pihak berkuasa terhadap pengurusan portal berkenaan.

Dr Abdul Rasid bersama Tun Dr Mahathir

“Saya menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap portal terbabit.

“Siasat dan tahan mereka yang bertanggungjawab menyiarkan berita fitnah dan tidak sepatutnya diterbitkan.

“Jangan bagi muka kepada kumpulan seperti itu, kumpulan yang cenderung mencetuskan provokasi terhadap institusi Raja di negara ini,” katanya.

Dia mencadangkan pihak pengurusan dan pengendali portal Harapan Daily dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

“Kalau terbukti kesalahan itu disengajakan, pertimbangkan untuk lucutkan kewarganegaraan mereka,” katanya.– nasionalkini.my

IMG 20240402 002136 800 x 500 pixel

Berbuka di Mahkota Maju, tarawih di Seri Fajar

IMG 20240403 064355 800 x 500 pixel

25 maut kebakaran di kelab malam