in

Kesihatan mental pasca pandemik COVID-19

20230506 114734
Gambar hiasan

SEJAK bermulanya wabak COVID-19 pada awal tahun 2020, kehidupan banyak rakyat tidak lagi sama seperti sebelumnya.

Bahkan selepas kira-kira tiga tahun berlalu, tidak sedikit yang masih gagal untuk bangkit selepas kehilangan banyak benda sepanjang virus dari Wuhan, China itu ‘membunuh’ ekonomi dunia.

Sehingga hari ini, dunia belum dimaklumkan dari mana asalnya virus ‘jahat’ itu bermula, walaupun negara Barat mendakwa ianya datang dari pasar babi di negara Tembok Besar berkenaan.

Dan disebabkan banyak benda belum pulih, yang kehilangan kerja belum mendapat kerja baharu, yang sakit bertambah sakit, maka tekanan itu akhirnya mencetuskan pula isu kesihatan mental.

Virus itu dikatakan bermula di sebuah pasar di Wuhan, China

Tidaklah pula kita mahu menyalahkan semua benda berkaitan COVID-19 menjadi punca kepada isu kesihatan mental itu, tapi asasnya tidak boleh kita nafikan.

Tekanan hidup, kenaikan kos semua benda hanyalah ‘bom jangka’ sahaja, tunggu masa untuk meletup dan membinasakan norma hidup sebelum ketibaan COVID-19.

Dan jika kita lihat, virus dari Wuhan, China sudah dikesan dari awal, sekitar Oktober atau November 2019 lagi di sana, cuma ketika itu pakar perubatan tidak ada maklumat tepat sama ada itu COVID-19 atau sekadar selesema babi yang biasa.

Lagipun, terma COVID-19 hanya digunakan selepas kajian dilakukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dibantu pakar kesihatan awam China dan negara Barat lain.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus (tengah) bersama pasukan pakar kesihatan awam WHO

Ketika jenama COVID-19 digunakan, virus itu sudah menjelajah ke seluruh dunia.

Sehingga hari ini, di Malaysia sahaja dianggarkan lebih 37,000 nyawa terkorban dan hampir 7 juta mangsa maut direkodkan di seluruh dunia akibat COVID-19.

Kesihatan mental ahli politik juga perlu diperiksa

Di Malaysia pula, kebenaran kerajaan ketika itu memberi laluan kepada pelancong dari China memasuki negara pada Januari 2020, mungkin pencetus kepada gelombang kes itu di Malaysia.

Namun tidak ada bukti jelas bahawa itu menjadi punca.

Cuma beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan sepanjang tempoh wabak itu tersebar, memang memberi kesan kepada sumber ekonomi rakyat.

Pedulikanlah pelbagai jenis bantuan diberikan ketika itu kerana rakyat memang tidak boleh ke mana-mana, tidak boleh bekerja dan ada yang tidak boleh berniaga – hingga ada yang terpaksa tutup terus operasi kedai mereka selepas selesai PKP bersiri itu.

Gambar hiasan

Berapa banyak lagi masa dan bantuan perlu diberikan kerajaan untuk membantu rakyat yang masih belum pulih pasca pandemik itu.

Rakyat bukanlah semuanya suka meminta-minta, jika keadilan ekonomi itu diagihkan dengan baik, sepatutnya tidak timbul isu berbangkit sehingga mengakibatkan mereka terus ‘cedera’.

Kestabilan dan kekukuhan ekonomi itu tersangatlah penting dalam proses pemulihan semula negara.

Maka, berhentilah daripada berpolitik tanpa sebarang faedah dan makna.

Tumpukan sahaja kepada usaha memulihkan negara yang masih ‘cedera parah’ akibat ‘kegilaan’ segelintir ahli politik yang kebulur untuk berkuasa.

Lantas ada juga tertanya-tanya, adakah kesihatan mental ahli politik turut dalam keadaan bahaya kesan virus yang melanda dunia dan sudah semakin reda. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Rafizi Ramli 1

PRN: PH-BN selesai agihan kerusi di Kelantan

photo1689420172 1689511289

TNB tubuh pasukan siasatan dalaman insiden pekerja kontraktor maut