in ,

Stadium Sultan Ibrahim diiktiraf dunia

Stadium Sultan Ibrahim 6 19092022
Stadium Sultan Ibrahim

Kuala Lumpur, 26 April – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mendapat pengiktirafan dunia apabila Stadium Sultan Ibrahim telah dijemput untuk menjadi wakil Malaysia pertama oleh Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik).

JDT dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, Stadium Sultan Ibrahim telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada Asia-Pacific Venue Industry Congress ke-30 yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Mei di Melbourne, Australia.

“Stadium Sultan Ibrahim telah dijemput untuk menjadi wakil Malaysia pertama oleh Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik) selepas menarik perhatian pemerhati dengan pengurusan profesional, pemeliharaan dan reputasi stadium Kelab Bolasepak JDT

“Persatuan Pengurusan Venue (VMA) adalah badan untuk venue industri profesional di Australia, New Zealand dan Asia dengan lebih 900 keahlian, mewakili lebih 300 venue utama dari pelbagai sektor termasuk venue sukan dan bukan sukan,” kata kenyataan itu hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, jemputan kepada Stadium Sultan Ibrahim ini juga adalah indikator kepada pengiktirafan berterusan kepada stadium ini sejak dibuka pada Februari 2020.

Stadium yang dilancarkan pada 22 Februari 2022 itu dibina dengan kos RM200 juta dan menjadi ‘rumah’ buat buat JDT menggantikan Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 04 26 at 12.47.53 PM

Kedudukan Malaysia dalam LPI Bank Dunia 2023 melonjak 15 anak tangga

wheeli

Polis Kelantan kesan pasangan ‘Wheelie’ berbaju raya