KOTA BHARU, 27 April – Polis Kelantan sedang mengesan seorang lelaki yang mempamerkan aksi ‘wheelie’ dengan berpakaian sedondon sambil membonceng seorang wanita yang menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, aksi merbahaya itu dikesan berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan.
Katanya suspek lelaki yang dikenali Fakhrul Idham Fakarudin dan pasangannya gagal ditemui dipercayai telah melarikan diri.

Namun polis berjaya merampas sebuah motosikal, sepasang baju kurung berwarna biru serta baju melayu berwarna biru.
“Pada 25 April, sepasukan polis telah membuat serbuan rumah di Kampung Machang Bubok, Peringat.
“Kedua-dua suspek gagal ditemui dan telah dikenal pasti akan disenarai hitamkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Rosdi berkata, usaha mengesan sedang dijalankan untuk diambil tindakan selanjut.
Katanya, pasangan berkenaan digesa memberi kerjasama dan menyerah diri dan meminta kerjasama orang awam yang .mempunyai maklumat berkaitan pasangan berkenaan supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk membantu siasatan. – nasionalkini.my