in

Gelombang haba terburuk landa Asia

20230523 100034 scaled
Seekor monyet yang kehausan cuba menghilangkan dahaga dari paip air di hari musim panas terik di kota Prayagraj, India - Gambar oleh AFP

BANGKOK, 23 Mei – Asia terus diancam dengan gelombang haba selari dengan ramalan saintis iklim mengenai 2023 mungkin menjadi tahun paling panas di dunia.

Corak cuaca El Nino yang muncul mendorong suhu ke paras yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bahagian selatan benua itu, menjelang musim panas Hemisfera Utara.

Peristiwa El Nino pada tahun 2015 menyebabkan episod jerebu teruk sekali gus menjadi salah satu bencana alam sekitar terburuk di Asia Tenggara, dipetik dari Agensi.

Taburan hujan di Malaysia mungkin sebanyak 40 peratus lebih rendah dibeberapa kawasan yang boleh meletakkan pengeluaran minyak sawit berisiko di salah satu pengeluar terbesar dunia bagi komoditi itu.

Pihak berkuasa memantau teliti risiko kebakaran hutan dan pencemaran udara.

Manakala, Bloomberg melaporkan, El Nino dicirikan daripada suhu lautan yang lebih panas merentasi Lautan Pasifik mempunyai kesan yang meluas terhadap corak cuaca di seluruh dunia.

Ia memberikan kelegaan kepada kawasan kering kemarau di Argentina dan selatan Amerika Syarikat, namun memberi kesan di bahagian Asia dan Australia dengan keadaan lebih panas dan kering.

Suhu di Thailand kekal melebihi 40 Celsius di kebanyakan wilayah utara dan tengah sepanjang minggu lalu.

Filipina pula terpaksa memendekkan tempoh belajar di dalam bilik darjah selepas indeks haba mencapai zon bahaya, mencerminkan gabungan haba dan kelembapan yang boleh membawa maut.

Vietnam melaporkan suhu tertingginya dengan 44.2 darjah Celsius pada hujung minggu, manakala Laos juga berkemungkinan memecahkan rekod suhu harian paling panas.

Sekumpulan perniagaan dan bank meminta kerajaan menyediakan pelan tindakan untuk menangani potensi kemarau yang mereka katakan mungkin berlarutan hingga tiga tahun.

Di tempat lain di Asia, suhu terik di bahagian China, India dan Bangladesh, direkodkan sejak beberapa minggu lalu.

Wilayah Yunnan, hab aluminium utama di barat daya China dilaporkan mengalami kemarau terburuk dalam tempoh sedekad, pada April lalu.

India pula dalam keadaan berjaga-jaga berikutan suhu yang meningkat April lalu menyaksikan penutupan sekolah di beberapa negeri dan menyebabkan sekurangkurangnya 11 orang maut akibat strok haba selepas menghadiri satu acara.

Keadaan terik sedang menguji keupayaan kerajaan untuk melindungi kesihatan awam serta mencegah gangguan besar terhadap pertanian dan penjanaan kuasa dalam ekonomi yang masih belum pulih sepenuhnya akibat COVID-19. – nasionalkini.my

PM jawab isu kalimah Allah hari ini

The Magpies tempah slot Champion League