in

Sheikh Jassim hampir pasti pemilik baharu Man United

IMG 20230613 081457 800 x 500 pixel
Hartawan Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al-Thani dijangka menjadi pemilik baharu Manchester United - Gambar oleh Agensi

LONDON, 13 Jun – Perjanjian penuh membabitkan pemilikan kelab Manchester United oleh ahli perniagaan Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al-Thani sudah hampir selesai.

Perkara itu didedahkan media Qatar, Al-Watan sejak malam tadi.

“Laporan mengenai pengambilalihan itu sedang berada di tahap terakhir antara Sheikh Jassim dan keluarga Glazer.

“Ia akan dimuktamadkan sehari dua lagi,” kata laporan itu.

Al-Watan adalah antara syarikat dimiliki bapa Sheikh Jassim, Hamad Al-Thani.

Sebelum ini hartawan Britain, Sir Jim Ratcliffe turut dikaitkan dengan pembelian kelab The Red Devils itu.

Difahamkan, media utama United Kingdom akan melaporkan butiran lengkap pembelian oleh Sheikh Jassim menjelang lewat hari ini. – nasionalkini.my

IMG 20230612 162044 800 x 500 pixel

Minat dorong OKU buka kedai baiki telefon pintar

IMG 20230613 091118 800 x 500 pixel

Intan Serah dilamar kelab bola sepak AS