in

Court Soccer terima tajaan Jakel

Wakil Jakel Kuantan, Kamal Asha'ary Abdul Aziz menyerahkan sumbangan kepada jurulatih skuad futsal Court Soccer, Amirul Asyraf Mohamed

KUANTAN, 6 Julai – Skuad futsal Court Soccer Indera Mahkota/Tanjung Lumpur menerima tajaan daripada Jakel Kuantan, baru-baru ini.

Tajaan itu bagi membolehkan pasukan dibimbing Muhammad Amirul Asyraf Mohamed memberi cabaran sengit pada Karnival Futsal MILO-Hidup Bola 2023 yang akan berlangsung di Subang Jaya, Selangor hujung minggu ini.

Penyampaian sumbangan itu dilakukan oleh wakil Jakel Kuantan, Kamal Asha’ary Abdul Aziz.

Ketua pasukan Court Soccer, Khalish Zafran Khairul Anuar berkata, sumbangan dan sokongan Jakel Kuantan bakal menyuntik semangat pasukannya mempamerkan aksi bertenaga sepanjang karnival berlangsung.

Wakil Jakel Kuantan, Kamal Asha’ary Abdul Aziz bersama ketua pasukan Court Soccer, Khalish Zafran

“Sumbangan ini juga seperti hadiah hari jadi ke-15 saya dan sangat membantu pasukan kami.

“Selain Jakel Kuantan, kami turut merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada pihak IKTBM Group dan portal nasionalkini.my kerana sudi menjadi penaja jersi pasukan Court Soccer,” katanya.

Khalish Zafran berharap skuad Court Soccer dapat mempamerkan aksi bertenaga sepanjang karnival itu.

Katanya, karnival anjuran MILO adalah kejohanan kedua disertai skuad Court Soccer di luar Pahang dan penting untuk memberi pengalaman baharu kepada semua pemain. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

20230506 114734

Suspek cekik adik dakwa mangsa buli

Kumpulan pertama jemaah haji tiba di tanah air semalam