in

Bekas ketua hakim syarie tokoh Maal Hijrah Pahang

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan hadir ke majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Pahang 2023/1445 Hijrah di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan, di sini hari ini - Gambar oleh Pejabat Menteri Besar Pahang

KUANTAN, 19 Julai – Bekas Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Yunus, diumum Tokoh Maal Hijrah Pahang 2023/1445 Hijrah.

Abdul Rahman yang berkhidmat selama 39 tahun dalam kerajaan bersyukur di atas anugerah yang diberikan kepadanya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dan ia adalah satu pengiktirafan yang tidak terhingga dalam meninggikan syiar Islam di Pahang.

“Saya juga berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang berkhidmat,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Pahang 2023/1445 Hijrah di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan, di sini hari ini, lapor BH.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan hadir ke majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat negeri Pahang 2023/1445 Hijrah di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan, di sini hari ini – Gambar oleh Pejabat Menteri Besar Pahang

Anugerah Tokoh Maal Hijrah dikurniakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Yang turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sepanjang kerjaya, Abdul Rahman bertugas sebagai Ketua Hakim Syarie Pahang selama 11 tahun.

Sebelum itu, beliau memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi selama 16 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Kadi Cameron Highlands, Lipis dan Pekan.- nasionalkini.my

Bayern belasah Egern 27-0

FB IMG 1689749896613

Takziah keluarga mendiang Sathianathan – Agong, Permaisuri