in

Aksi sulung Ruziev memuaskan

Pemain import baharu Sri Pahang FC, Kuvondik Ruziev - Gambar oleh Sri Pahang FC

KUANTAN, 11 Julai – Persembahan meyakinkan diperagakan Kuvondik Ruziev mendapat pujian pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad.

Pemain import baharu dari Uzbekistan itu antara tonggak utama skuad Tok Gajah ketika menewaskan Selangor FC 1-0 pada aksi Liga Super kelmarin.

“Ruziev banyak membantu terutama melakukan hantaran bagus dalam membantu menggerakkan jentera tengah pasukan.

“Bagi saya, dia bermain dengan baik walaupun baru tiba dan saya tanya beberapa kali sama ada dia boleh bermain atau tidak.

“Biarpun hanya beraksi selama 80 minit, saya berpuas hati dan harap dia akan beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang,” katanya kepada BH.

Mengenai seorang lagi import baharu Rafael Silva dari Brazil, Fandi berkata, dia masih belum berada pada prestasi terbaik selain belum cukup cergas.

“Bagaimanapun, saya tetap menurunkannya pada 10 minit terakhir untuk menguji permainannya.

“Saya harap Rafael dapat bergandingan dengan baik bersama Kpah Sherman di bahagian serangan,” katanya.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Beg sandang dipercayai milik mangsa kepala air ditemui

355145901 788091096016895 1111357334173592380 n

PRN: Amanah dijangka bertanding di 33 kerusi