in

Tun M dibenarkan keluar IJN, kini berehat di rumah

Tun M
Sumber mengesahkan pemimpin berusia 98 tahun itu dibenarkan keluar IJN selepas menerima rawatan selama empat hari .

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, semalam.

Sumber daripada AFP mengesahkan pemimpin yang berusia 98 tahun itu sudah dibenarkan keluar dan kini sedang berehat dirumah selepas menerima rawatan empat hari di Intitusi berkenaan.

“Ya, Mahathir sudah dibenarkan keluar dari hospital,” kata sumber itu ringkas.

1 Ogos lalu, menerusi perkongsian di Facebook bekas Ahli Parlimen Langkawi dimasukkan ke IJN akibat jangkitan.

Menerusi dua keping gambar yang dikongsi Pejabat Dr Mahathir pada Khamis, Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM) itu kelihatan berada dalam keadaan stabil.

Ini merupakan kali pertama dalam tahun ini bekas Perdana Menteri itu ditahan di IJN.

Pada 7 Januari tahun lalu beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Jan 2022.

Namun beliau dimasukkan ke institut berkenaan semula dan menerima rawatan sehingga dibenarkan pulang 5 Februari tahun yang sama.

Beliau sekali lagi ditahan di IJN selepas disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos tahun lepas dan dibenarkan keluar daripada institut itu pada 4 Sept 2022. – nasionalkini.my

Nafuzi

Pemain tidak mempamerkan permainan sebenar – Ketua Jurulatih Kedah

indon 2

27 tahun hidup dalam debaran, bimbang masa depan akibat tiada dokumen diri