in

Mangsa simbah asid terharu ada pihak taja 10 sesi rawatan

WhatsApp Image 2023 07 27 at 10.28.19 PM
Dahyatul (tengah) ditemani ibu semasa sidang media bersama Ahli Parlimen Seputeh, taresa Kok yang diadakan, hari ini.

Oleh Aliah Ramli

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Parut di wajah Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, dijangka berkurangan selepas menjalani 10 kali rawatan kulit di sebuah klinik swasta di Bangsar.

Mengimbau kejadian pada 2010, Nurul Dahyatul Fazlinda menjadi mangsa simbahan asid oleh bapanya sendiri ketika cuba meleraikan pergaduhan antara ibu bapanya di rumah keluarga di Kampung Sekayu, Kuala Berang, Terengganu.

Dia mengalami cedera parah pada bahagian muka selain adiknya, Mohd Irfan, 15 dan ibu mereka, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 41 turut mengalami kecederaan.

Nurul Dahyatul Fazlinda mengakui sebelum ini dia pasrah dengan kejadian menimpanya dan tidak pernah berdendam terhadap bapanya yang telah menerima hukuman setimpal di atas perbuatannya itu.

WhatsApp Image 2023 07 27 at 10.29.28 PM
Parut di wajah Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan semakin berkurangan selepas menjalani dua pembedahan rawatan kulit di sebuah klinik swasta di Bangsar yang ditaja dan akan meneruskan sesi rawatan lagi dalam masa terdekat.

Namun selepas 13 tahun kejadian itu berlaku, ada pihak bersimpati dengan keadaan fizikalnya dan mahu membantunya menaja rawatan bagi mengurangkan kesan parut di muka.

“Sebelum ini, ada beberapa pihak yang menyatakan hasrat menyalurkan bantuan rawatan, namun tidak ada yang meneruskan hasrat tersebut.

” Sehinggalah saya dihubungi pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok baru-baru ini yang memaklumkan mahu membantu saya,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, hari ini.

Malah, Dahyatul mengakui Teresa telah mendapatkan bantuan daripada klinik swasta yang bersedia menaja rawatan tersebut membabitkan kos RM20, 000 bagi 10 kali sesi rawatan.

Akui remaja 21 tahun itu, dia kini berjaya menjalani dua kali sesi rawatan mengakui berdepan kesakitan namun teruja selepas melihat perubahan pada wajah.

“Untuk rawatan laser tidak sakit tetapi masa suntikan ada rasa sakit sikit, tetapi saya sangat puas hati dengan hasilnya.

“Kesan parut diwajah saya yang sebelum ini agak tebal kini semakin menipis. Ada juga kesan parut yang mula hilang sedikit demi sedikit, ” katanya penuh teruja.

Dalam pada itu, Teresa berkata, doktor memberi jaminan sekurang-kurangnya kesan parut tersebut akan pulih sebanyak 50 peratus.

“Dia kini telah menjalani dua rawatan dan kelihatan semakin ceria berbanding sebelum ini ” katanya.

Pihaknya turut menyediakan kos perjalanan dan penginapan dari Terengganu ke Kuala Lumpur sepanjang wanita itu menjalani rawatan tersebut. -nasionalkini.my

ikon

Tiga usahawan OKU dinobat sebagai Ikon Usahawan Malaysia

MyHSR anjur sesi taklimat RFI