IPOH, 4 Ogos – Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Nafuzi Mahammad Zain mengakui anak buahnya tidak mempamer permainan sebenar mereka dalam perlawanan pertama Piala Malaysia menentang Perak FC di sini semalam.
Memetik laporan Utusan, beliau berkata, pemainnya tidak tidak bermain seperti sepatutnya dan mereka banyak tengok dan tunggu bola.
“Malah mereka memberi terlalu banyak ruang kepada Perak,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan semalam.
Kedah yang dijangka menang mudah berikutan dua kejayaannya ke atas padukan The Bos Gaurus dalam Liga Super tampak mampu mengulanginya apabila merobek gol lawan seawal minit pertama perlawanan
Hanya selepas tuan rumah mendahului 2-1 dan kemudian 3-1, barulah Kedah mula bermain bola sepak semula.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku, pemain sudah dingatkan tentang bahaya perlawanan ini,” kata Nafuzi.
Apapun jurulatih itu belum menyerah kalah kerana peluang membuat perhitungan dengan Perak masih ada dalam pertemuan kedua di Alor Setar pada 18 Ogos ini. – nasionalkini.my