in ,

Taman biawak RM8 juta di Melaka siap Disember ini

WhatsApp Image 2023 06 03 at 16.28.24
Taman Tema Sigua atau taman biawak bernilai RM8 juta di Melaka dijangka siap selewat-lewatnya Disember ini sebelum beroperasi menjelang Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM2024) tahun hadapan.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 3 Jun – Taman Tema Sigua atau taman biawak bernilai RM8 juta di Melaka dijangka siap selewat-lewatnya Disember ini sebelum beroperasi menjelang Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM2024) tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, ketika ini penjenamaan semula projek berkenaan daripada Pirate Park di Jalan Tun Ali, Kampung Bunga Paya Pantai di sini sudah lebih 12 peratus siap.

“Semua isu-isu teknikal telah selesai dan kerja-kerja pembinaan juga sudah lebih 12 peratus siap. Mengikut perancangan ia akan siap selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini.

WhatsApp Image 2023 06 03 at 16.28.04
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin

“InsyaAllah tahun depan, Taman Tema Sigua ini sudah boleh beroperasi sebagai antara produk pelancongan terbaharu di Sungai Melaka,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut Murad berkata, apabila siap kelak, taman tema itu yang dianggarkan menelan belanjar RM8 juta akan menjadi pelengkap kepada produk pelancongan Sungai Melaka, Melaka River Cruise (MRC).

“Bila adanya taman tema ini, tentunya pelancong MRC akan tertarik dan bot-bot pelancong kita juga akan berhenti di jeti taman ini yang terletak betul-betul bersebelahan sungai.

“Cumanya pemilihan nama Sigua itu bukanlah bermaksud akan ada pameran biawak, tapi sebab kawasan paya bakau sekitarnya ada banyak biawak yang sememangnya menjadi tarikan pelancong,” katanya.

Apabila siap kelak, katanya taman tema itu akan dilengkapi dengan dengan beberapa permainan antaranya roda ferris, simulator helikopter, indoor arena dan rumah terbalik. – nasionalkini.my

IMG 20230603 WA0020

Dua maut motosikal dirempuh kereta

WhatsApp Image 2023 06 03 at 17.07.04

Rombakan kabinet hanya kuasa PM – Fuziah