in

Takziah keluarga Rohana Jalil – Agong, Raja Permaisuri

355486498 801253634783373 7025565627048709673 n

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penggiat seni tanah air, Rohana Jalil, yang telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga beliau sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut satu hantaran di laman Facebook Istana Negara

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air.

Allahyarhamah yang berasal dari Kota Tinggi, Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada tahun 1980.

Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, Allahyarhamah telah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas. – nasionalkini

352568317 653738736793483 1818593825858881709 n

RM118 juta zakat diagih bantu 88,000 asnaf di Pahang

pemandu

Pemandu bas putus tangan akibat nahas jalan raya terima tangan palsu PERKESO