in

SKMM tidak terima arahan sekat TikTok Sanusi

skmm 1024x1024 1

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menerima sebarang arahan untuk menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikTok Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sudah meneliti kenyataan Muhammad Sanusi yang mendakwa kerajaan menghalang akses atau memadam kandungan akaun TikToknya.

“MCMC mengesahkan, tiada sebarang arahan diterima berhubung isu ini.

“Saluran media sosial mempunyai garis panduan komuniti yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.

“Garis panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosi keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mendakwa akaun TikToknya disekat dan sekali gus menyifatkan tindakan itu sebagai usaha menghalang kemaraan berkempen secara maya menjelang pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Ekoran itu, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mahu pihak berkaitan mengaktifkan semula akaun media sosial miliknya bagi memudahkannya menjawab pelbagai tuduhan dan fitnah terhadapnya. – nasionalkini.my

Menu berasaskan belut di Lan Ikan Bakar

Rafizi Ramli 1

PRN: PH-BN selesai agihan kerusi di Kelantan