in

Watson bawa cahaya Deepavali untuk Sang Riang

Gambar oleh Sang Riang

BERA, 2 November – Bersempena sambutan Deepavali akan datang, kumpulan Watson mengadakan kunjungan ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat sini.

Kunjungan itu untuk menyantuni penghuni dan menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Sebanyak 400 beg mengandungi pelbagai barangan dari Watson diagihkan kepada penghuni rumah kebajikan itu.

Penyerahan sumbangan dilakukan Pengurus Operasi Jualan Watson, Rabitah Hanim Rahmat.

Rombongan dari kumpulan Watson disambut Pengerusi Sang Riang, Yap Yoke Moey.

IMG 20231102 180354 6 x 4 inch
Gambar oleh Sang Riang

Rabitah Hanim berkata, kunjungan itu adalah kali kedua dilakukan pihak Watson ke Sang Riang.

“Pemilihan Sang Riang dibuat kerana rumah kebajikan ini menghimpunkan warga emas pelbagai kaum dan agama.

“Jadi keunikan dimiliki Sang Riang membuatkan pihak Watson merasakan rumah kebajikan ini mempunyai aura tersendiri,” katanya sambil memaklumkan kunjungan sama akan diteruskan tahun depan.

Sementara itu, Yoke Moey sangat menghargai kunjungan oleh kumpulan Watson dan berharap ia membawa semangat sambutan Deepavali penghuni di Sang Riang.

“Memang tiap tahun mereka datang mengunjungi kami dan saya sangat tersentuh hati dengan kebaikan serta rasa prihatin mereka,” katanya.- nasionalkini.my

Henti viral video kesilapan ucapan MB Pahang

Kembara rentas benua promosi Borneo dan Malaysia