in

Roadcare ‘tumbang’ 6 lembu korban

Program Qurban Roadcare Wilayah Pahang diadakan di Yard Temerloh, semalam

TEMERLOH, 2 Julai – Roadcare (M) Sdn Bhd (Roadcare) menyumbangkan enam lembu korban untuk pejabat Wilayah Pahang sempena Aidiladha tahun ini.

Program Qurban Roadcare Wilayah Pahang itu diadakan di Yard Temerloh, dekat sini, semalam.

Sumbangan lembu korban itu adalah inisiatif Pengarah Urusan Roadcare, Datuk Seri Muzaffar Shah Abdul Rahman.

Semangat gotong-royong membabitkan kakitangan Roadcare Wilayah Pahang bersama masyarakat setempat bagi memastikan kejayaan program itu

Eksekutif Kanan (Pentadbiran) Roadcare Wilayah Pahang, Fairusliza Zorkopli berkata, program itu bukan sahaja membabitkan kakitangan syarikat konsensi tapi turut mendapat kerjasama masyarakat setempat.

“Kita bukan setakat melakukan korban dan mengagihkan daging kepada mereka yang layak menerima sumbangan daging korban, tapi turut bersama-sama memasak untuk peserta program itu,” katanya.

Fairusliza berkata, program seumpama itu adalah acara tahunan Roadcare dan ia dapat mendekatkan lagi hubungan antara kakitangan mereka dan penduduk sekitar. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Maut ditikam bekas suami

Polis Kedah kenal pasti 20 lokasi ‘panas’