in

Roadcare, Shell edar Jalur Gemilang menjelang Hari Kemerdekaan

Risyadi, Christine dan Sherifah Nor Hana mengagihkan Jalur Gemilang kepada pelanggan Shell Batu 11 dan pengguna jalan raya

KUANTAN, 30 Ogos – Roadcare Wilayah Pahang dengan kerjasama stesen minyak Shell Batu 11, dekat sini, mengedarkan Jalur Gemilang kepada pelanggan mereka hari ini.

Program itu adalah hasil inisiatif Roadcare Wilayah Pahang dan pihak pengurusan stesen minyak itu.

Roadcare diwakili pengurus wilayah, Risyadi Irwan manakala Shell pula diwakili Pengurus Besar Wilayah, Christine Mening Ngau dan pemilik stesen minyak itu, Sherifah Nor Hana Syed Osman Hamid.

Sherifah Nor Hana turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada pelanggan Shell Batu 11 di Jalan Kuantan – Gambang

Risyadi berkata, program berkenaan adalah kerjasama julung kali membabitkan Roadcare dan Shell.

“Tujuan utama penganjuran adalah untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat, terutamanya pelanggan Shell,” katanya.

Sementara itu, Sherifah Nor Hana berkata, pihaknya sangat teruja apabila dapat bekerjasama dengan Roadcare untuk mengadakan program berkenaan.

“Ini adalah program yang sangat mengimbau kenangan kepada kami memandangkan sudah lama tidak mengadakan program seumpama ini sejak zaman COVID-19,” katanya.- nasionalkini.my

Mahkamah tolak permohonan semakan kehakiman pengecualian pembatalan UMNO

Agong, Permaisuri akan singgah 8 daerah di Sabah