in

Regatta Perahu Naga Diraja Pahang hujung Julai

Menara Kuantan 188 menjadi mercu tanda dan daya tarikan bandar raya Kuantan - Gambar hiasan

KUANTAN, 30 Jun – Bagi memuliakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, menara Kuantan 188 akan menganjurkan Regatta Perahu Naga Diraja Pahang pada 30 dan 31 Julai depan.

Acara julung kali diadakan itu dijangka dapat menarik perhatian peminat festival air bukan sahaja dari Pahang, bahkan dari dalam dan luar negara.

Pengarah Urusan Kuantan 188, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, regatta itu adalah anjuran bersama pihaknya dengan sokongan penuh kerajaan Pahang.

Datuk Zulkifli Mohamad

“Kita juga mendapat bantuan dan sokongan teknikal daripada pasukan Festival Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang (PIDBF).

“Wakil daripada PIDBF akan membantu kami dalam hal berkaitan khidmat nasihat membabitkan penganjuran acara itu nanti,” katanya.

Zulkifli memaklumkan, terdapat tiga kategori disediakan untuk regatta itu yang merangkumi Terbuka Pahang, Tertutup Pahang dan Terbuka Pahang (Campuran).

Katanya, setiap pasukan mempunyai 12 hingga 22 peserta, dengan usia minimum peserta adalah 18 tahun.

IMG 20230624 WA0003
Poster berkaitan penganjuran Regatta Perahu Naga Diraja Pahang

“Perlumbaan membabitkan laluan sejauh 400 meter dan setiap pasukan akan diberikan peluang berlatih menjelang hari perlumbaan itu nanti.

“Tarikh latihan ditetapkan pada 28 dan 29 Julai dan setiap pasukan dikehendaki membayar yuran komitmen RM100 ketika pendaftaran dibuat,” katanya lagi.

Pelbagai hadiah menarik, termasuk wang tunai disediakan kepada pasukan yang menang pada perlumbaan itu.

Sebarang pertanyaan mengenai acara Regatta Perahu Naga Diraja Pahang boleh dibuat dengan menghubungi pihak pengurusan Kuantan 188 melalui emel [email protected] atau nombor telefon 09-513 5821,09-531 5921 atau +6010-2750 188. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Nilai ringgit susut berbanding dolar

IMG 20230630 WA0010

Remaja maut dipanah petir, tidak sempat lihat hasil ketam dijaring