KOTA BHARU, 8 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Kelantan supaya tidak takut berubah dan berhijrah menyokong parti lain selain PAS.
Katanya, PAS yang berada di bawah Perikatan Nasional (PN) dan lebih teruk apabila ‘berkawan’ dengan GERAKAN yang banyak menolak elemen agama termasuk hukum hudud.
“Sebahagian orang Kelantan takut kalau tak sokong PAS. Walaupun PAS tapi kerajaan PN, bukan PAS, kena ingat.
“Yang teruknya (PAS) berkawan dengan GERAKAN, kita kawan dengan DAP dia marah sedangkan apabila saya tambah peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjadi RM1.5 bilion, DAP sokong, saya tambah peruntukan untuk Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, DAP sokong.
Tapi GERAKAN bawa usul apa di mahkamah? Melawan PAS untuk kepentingan politik, Allahu Akbar,” katanya dalam ucapan pada ceramah mega Jelajah Perpaduan MADANI di Chetok di sini, malam tadi.
Justeru, beliau berharap rakyat Kelantan dapat memberi peluang untuk Kerajaan Madani terus berkhidmat sehingga tamat penggal dan bersedia berundur jika khidmat yang diberikan tidak menepati kehendak.
Malah beliau turut menggesa pengundi di Kelantan terutama orang muda agar bijak melihat perbandingan, seterusnya memilih kerajaan yang tepat.
“Anak muda kena fikir, jangan pakai simbol slogan sahaja tapi asyik kritik, Anwar boleh buat begini tak? Jadi ke tidak? Boleh cabar, saya tak pernah ambil tindakan. – nasionalkini.my
“Orang panggil saya bodoh, jahat, tiada moral, penipu, zalim, saya tak ambil tindakan tapi kalau kutuk raja, siap! Masuk penjara sebab raja bukan alat politik.
“Orang Kelantan mesti bijak dan bekerjasama, harap beri peluang kita berkhidmat, kalau cukup lima tahun Alhamdulillah, kalau tak molek, tukarlah, tapi ork (bertahan) lah,” katanya.