in ,

Baddrol Bakhtiar tawan Gurun, jauh meninggalkan lawan

badrol
Baddrol Bakhtiar ketika turun berkempen di Kuala Kedah, baru-baru ini.

ALOR SETAR, 12 Ogos – Meskipun baru melangkah ke dunia politik, bekas kapten skuad Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar dilihat selesa mengatasi pencabarnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah kali ini.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun itu berada di hadapan apabila memperoleh 7,708, malam tadi.

Baddrol mengatasi calon Pakatan Harapan (PH), Firdaus Johari yang memperoleh 4,473 undi setakat ini.

DUN Gurun mempunyai 40,941 pengundi berdaftar.

Sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14, DUN Gurun adalah milik Datuk Johari Abdul sebelum mengosongkan kerusi susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Johari menjadi ADUN Gurun sejak 2018 selepas menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 4,207 undi pada PRU14. Beliau pernah bertanding DUN Bakar Arang pada PRU 2004, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Seng Koon Huat. – nasionalkini.my

PH-BN tewas di kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Pengundi Kelantan pilih PAS