in

Jom nikmati kopi di Smokey’o Coffee

298221697 108320298648130 7687479984992020716 n
Dengan suasana yang selesa dan pelbagai jenis kopi, Smokey'o Coffee telah menjadi tempat kegemaran di kalangan peminat kopi.

SMOKEY’O Coffee merupakan destinasi yang sempurna bagi pencinta kopi yang ingin menikmati secawan kopi yang sedap sambil bersantai.

Dengan suasana yang selesa dan pelbagai jenis kopi, Smokey’o Coffee telah menjadi tempat kegemaran di kalangan peminat kopi.

Apabila memasuki Smokey’o Coffee, anda akan disambut oleh suasana yang hangat dan menyenangkan. Reka bentuk dalaman kedai ini yang moden dan selesa membuatkan pengunjung berasa santai.

Salah satu tarikan utama Smokey’o Coffee ialah pelbagai jenis kopi yang ditawarkan. Anda boleh menikmati kopi klasik seperti espresso, cappuccino, dan latte, atau mencuba minuman kopi unik seperti caramel macchiato.

299096980 112688361544657 595657303542761166 n
Farahida Fauzi (kanan) ketika menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke restorannya akhir tahun lalu.

Menurut Pemilik Smokey’o Coffee, Farahida Fauzi restoran berkenaan telah dibuka sejak akhir Julai tahun lalu.

“Sebelum ini saya buka kedai vendor dan frozen, namun terjejas akibat pelaksanaan PKP yang lama. Selepas habis saya terus terfikir untuk membuka kedai kopi.

“Saya lihat di kawasan ini iaitu di Indera Mahkota 5 ini susah untuk minum kopi macam ini, jadi terus dalam masa sebulan saya berjaya buka kedai ini,” katanya ketika ditemui Nasional Kini baru-baru ini.

353771000 229299556559725 3765677456084175927 n
Western breakfast di Smokey’O Coffee

Katanya lagi, selain kopi, antara yang popular adalah ‘western breakfast’ dan Smash Burger yang dagingnya dibuat sendiri olehnya.

“Alhamdulillah sejak restoran ini dibuka, sambutan daripada pelanggan sangat memberangsangkan. InsyaAllah saya bercadang untuk membuka cawangan di kawasan pantai pula selepas ini,” katanya.

Jika anda mencari tempat yang menyenangkan untuk menikmati kopi yang sedap, Smokey’o Coffee adalah pilihan yang tepat.

Jadi, jom kunjungi Smokey’o Coffee sekarang dan nikmati keenakan kopi yang tak terlupakan!

Waktu operasi : 9 pagi hingga 6 petang

Lokasi : B14, Lorong IM5/1, Indera Mahkota 5 (belakang Bank Rakyat)

Penduduk minta segera bina masjid

Sultan Kelantan kurnia tiga lembu korban