Oleh Mohammad Ishak
KUALA TERENGGANU, 22 Jun – Paya Bunga Hotel berjaya meraih anugerah ‘Best City Hotel’ pada 17 Jun lalu.
Anugerah itu diterima pada majlis ‘International Travel Awards’ yang berlangsung di Waldorf Astoria Palm, Jumeirah, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Hotel itu adalah milik kerajaan negeri Terengganu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebanyak 4,000 penyertaan dari seluruh dunia diterima penganjur bagi anugerah berkenaan.
Sebelum diambil alih oleh kerajaan Terengganu, hotel itu berdepan pelbagai masalah.
“Apabila kita ambil alih pada 2018, berbagai usaha dilakukan kerajaan negeri bagi memastikan hotel ini dapat beroperasi.
“Pelbagai anugerah juga diterima hotel berkenaan samaada (anugerah) dari dalam dan luar negara, seterusnya menjadikan Paya Bunga Hotel tumpuan dunia,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Hotel itu juga memperkenalkan konsep patuh syariah pada awal pembukaannya dan pernah menerima Anugerah Standard Kualiti Islam (IQS) dari Universal Crescent Standard Center (UCSC) pada tahun 2022.
“Kejayaan itu adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi seluruh negeri Terengganu,” katanya. – nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN