in

Laluan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas mendap

mendap
Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas di Iskandar Puteri mendap dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Oleh Luth Adwa

ISKANDAR PUTERI, 23 Julai – Jalan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas, di sini mendap dan tidak boleh dilalui semua kenderaan sehingga petang tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada pukul 2.09 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota jabatan itu berserta sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati berlaku kejadian tanah mendap melibatkan kawasan jalan raya utama sepanjang 25 meter.

“Anggota telah membuat pemantauan bagi memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum kawalan lalu lintas diserahkan kepada pihak polis,” katanya, hari ini.

Sementara itu, pihak pengurusan Forest Citydalam kenyataan memaklumkan, pihaknya akan melakukan siasatan dan sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan tentang kejadian tersebut.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi. Sebaik sahaja dimaklumkan, kita telah menghantar pasukan teknikal ke lokasi kejadian selain turut memaklumkan pihak berkuasa.

“Siasatan akan dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian. Kerja baik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan menerusi media sosial Forest City dari semasa ke semasa,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 23 at 3.03.02 PM

Idris Jusoh akui pernah ditawar untuk tinggalkan UMNO 

anwarberahim7mac 1678338027

PM umum beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam seminggu dua lagi