in

PM umum beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam seminggu dua lagi

anwarberahim7mac 1678338027
Anwar Ibrahim

KOTA BHARU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa imbuhan tetap kepada penjawat awam dalam tempoh seminggu dua lagi.

Anwar berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat pengurusan pertama mengenai imbuhan tetap itu dan pelarasan skim gaji membabitkan penjawat awam minggu depan.

“Pengumuman itu (imbuhan tetap) akan dibuat dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi, sementara kajian bagi pelarasan gaji selesai dijangka mengambil tempoh masa lima hingga enam bulan lagi.

“Imbuhan tetap, Insya-Allah akan saya umumkan dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi. Justeru, saya mohon persiapkan beberapa kertas (kerja) awal untuk tujuan ini.

“Imbuhan tetap itu sudah beberapa bulan dikaji, namun ia lewat diumumkan berikutan belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan sebelum ini,” katanya memetik Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Cakna Madani Bersama Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pendidikan di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau juga akan memberi ganjaran yang munasabah dan adil kepada guru serta penjawat awam yang lain berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama.

“Pelarasan ini dilakukan kerana untuk meningkatkan skim gaji guru dan penjawat awam yang lain sekali gus bagi mengurangkan jurang perbezaan skim gaji.

“Ini bukan sebab nak Pilihan Raya Negeri (PRN), tetapi saya mahu dikenali sebagai ‘Anwar’ yang prihatin,” katanya.

Pada 13 Julai lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

mendap

Laluan Forest City-Lebuh Tanjung Pelepas mendap

Kelonggaran ajar bahasa Tamil beri kelebihan untuk pelajar