in

Jawatankuasa khas teliti cadangan bina HSA2

Onn Hafiz bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan berkaitan cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 - Gambar oleh Pejabat Menteri Besar Johor

JOHOR BAHRU, 13 Julai – Satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperhalusi cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) di salah satu tanah milik Kementerian Pertahanan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jawatankuasa khas itu bakal melihat secara lebih lanjut mengenai cadangan pembinaan hospital itu supaya dapat merangka pelan yang tersusun.

Beliau berkata, pembentukan jawatankuasa khas itu dibuat selepas pelbagai perkara yang dibincangkan Kerajaan Negeri bersama kementerian berkenaan dapat dipersetujui.

“Syukur Alhamdulillah, terima kasih Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan atas bantuan serta kerjasama yang baik menerusi perbincangan berkenaan cadangan pembinaan HSA2 di salah satu tanah milik kegunaan MINDEF.

“Pelbagai perkara telah dipersetujui dan satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperhalusi cadangan ini dengan lebih lanjut supaya dapat merangka pelan yang tersusun,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini, lapor Bernama.

Menurut Onn Hafiz, pembinaan HSA2 amat penting kerana ia mampu mengurangkan kebergantungan serta kesesakan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sedia ada.

Terdahulu, Onn Hafiz mewakili Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan dengan Mohamad dan wakil MINDEF.

Turut hadir dalam pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.

Selain HSA2, Onn Hafiz berkata, turut dibincangkan dalam pertemuan berkenaan adalah berhubung hal ehwal keselamatan dan pertahanan Negeri Johor.- nasionalkini.my

UTeM tawar Biasiswa Kesidang

20230507 074609

Jumlah kes demam denggi di Selangor meningkat