in

24 pensyarah, pelajar Singapura lawat Rumah Nur Iman

Seramai 24 pensyarah dan pelajar ITE College Central Singapura melawat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman, Kempadang, Kuantan, hari ini

KUANTAN, 29 Julai – Seramai 24 pensyarah dan pelajar dari ITE College Central Singapura melawat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, dekat sini, hari ini.

Rombongan disambut Yang Dipertua pertubuhan itu, Badrul Huzaini Mohd Yusof.

Rumah Nur Iman yang terletak di Kempadang itu mempunyai 60 penghuni lelaki dan perempuan, berusia antara tujuh hingga 17 tahun.

Seramai 24 pensyarah dan pelajar ITE College Central Singapura melawat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman, Kempadang, Kuantan, hari ini

Ia sudah beroperasi sejak tahun 2010.

Rombongan turut diberikan taklimat mengenai kegiatan rumah berkenaan dan aktiviti dijalankan di situ.

Pensyarah dan pelajar ITE College Central Singapura sebelum ini menyertai kejohanan sukan di Kuantan.

Seramai 24 pensyarah dan pelajar ITE College Central Singapura melawat Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Nur Iman, Kempadang, Kuantan, hari ini

Lawatan ke Rumah Nur Iman adalah sebahagian daripada program mereka sepanjang berada di sini.

Satu jamuan turut diadakan bagi meraikan rombongan berkenaan.

Badrul Huzaini berkata, selain beroperasi di Kempadang, pertubuhan itu juga mempunyai rumah kebajikan di Rompin, Pekan dan Mentakab, dekat Temerloh.- nasionalkini.my

ular 2

Pemuda maut jadi mangsa ular peliharaan sendiri

Jumpa mayat dalam kereta lepas hilang