TUGASNYA sebagai penjinak ular sering menjadikan reptilia itu sebagai ‘sahabat’ ketika persembahan demi mencari rezeki.
Namun siapa sangka akhirnya binatang bisa itu menjadi penyebab kepada pemiliknya terkorban.
Itu yang berlaku kepada seorang pemuda dari Jawa Tengah, Indonesia yang disahkan meninggal dunia secara tiba-tiba selepas dipatuk reptilia bisa itu ketika membuat persembahan, baru-baru ini.
Memetik Tribunjateng.com, mangsa yang dikenali Abdul Munir memiliki banyak ular peliharaan dan menjadikan binatang berbisa itu sebagai sumber rezeki menerusi persembahan jalanan.
Namun ketika membuat persembahan minggu lalu dia secara tiba-tiba dipatuk ular ketika menunjukkan kebolehannya ‘bergurau’ dengan reptilia berbisa di hadapan orang ramai.
Bagaimanapun seekor ular tedung secara melulu bertindak agresif sebelum mematuk pemuda tersebut yang cuba mencium reptilia berkenaan.
Malah kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial apabila kejadian berkenaan yang dirakam oleh penduduk kampung ketika menyaksikan kejadian berkenaan.
Menerusi video tersebut, keterujaan penonton yang pada awalnya bertepuk tangan meraikan persembahan itu bertukar cemas apabila melihat tindakan ular tedung berkenaan.
Abdul Munir pula kelihatan terhuyung-hayang berjalan selepas kejadian berkenaan sebelum dilaporkan pengsan selepas kejadian menyebabkan persembahan berkenan dihentikan serta-merta.
Melihat keadaan pemuda berusia 20 tahun itu pengsan menyebabkan orang ramai terus menghubungi pasukan kecemasan dan dikejarkan ke hospital.
Bagaimanapun dia gagal diselamatkan selepas disahkan meninggal dunia di klinik ketika menerima rawatan. – Agensi