in

Mahathir lawat keluarga Allahyarham Nik Aziz

Gambar ihsan Facebook

BACHOK, 21 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat julung kalinya menziarahi kediaman keluarga bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka, di sini, petang tadi.

Kehadiran beliau kira-kira jam 3 petang itu, disambut oleh ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz termasuk anak lelakinya, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Seterusnya, Mahathir juga sempat bertemu beberapa waris dan keluarga Allahyarham termasuk Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, lapor KOSMO.

Difahamkan, beliau ke Kelantan sempena Munajat Rakyat Kelantan bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini bagi memperkukuhkan lagi sokongan orang Islam serta Melayu kepada Perikatan Nasional dan PAS.- nasionalkini.my

zahid

PRN: BN umum tanding di 108 DUN,  tampil 63 peratus muka baharu

Kontrak seumur hidup untuk Mbappe