in

Asnaf terima agihan zakat

Datuk Jasri Jamaludin

MARAN, 24 Mac – Kumpulan asnaf dalam kariah Masjid FELDA Jengka 2 menerima sumbangan infaq zakat, semalam.

Penyampaian itu dilakukan ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin.

“Sebelum berbuka dan bertahlil, saya menyampaikan sumbangan kepada asnaf kariah masjid.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Kuala Sentul

“Infaq zakat ini adalah daripada sahabat-sahabat saya yang memberi sumbangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jasri turut berbuka puasa dan bertarawih di masjid itu.

Dia turut berharap segala sumbangan diberikan dapat membantu meringankan bebanan ketika bulan Ramadan ini.— nasionalkini.my

Berbuka, tarawih di Lepar Utara

Tradisi agih bubur lambuk diteruskan